Mengenai Hospital


Hospital Sibu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia . Hospital Sibu merupakan hospital kedua terbesar di negeri Sarawak, Malaysia serta merupakan hospital utama dan rujukan bagi Wilayah Tengah di Sarawak, Malaysia. Justeru, ia berkhidmat sebagai hospital rujukan bagi Hospital Daerah sepanjang lembah Rejang dan juga di Mukah, Saratok dan Bintulu.

Hospital Sibu mula beroperasi pada 1994. Sebelumnya, keperluan perubatan bagi bandar Sibu dikendalikan oleh Hospital Lau King Howe di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan pertumbuhan penduduk di Sibu menjadikan hospital lama  terlalu kecil ditampung. Memandangkan hal ini, dan juga bagi memenuhi keperluan untuk hospital yang lebih lengkap kelengkapannya yang boleh bertindak sebagai pusat rujukan bagi Wilayah Tengah Sarawak, Kerajaan Persekutuan Malaysia memulakan pembinaan bagi hospital yang ada masa kini.

Misi bagi Hospital Sibu adalah bagi memberikan perkhidmatan berkualiti dengan penekanan pada nilai penyayang, berpasukan dan profesionalism bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggannya. Ini adalah selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.