Piagam Pelanggan



Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1. Rawatan kecemasan akan diberi segera kepada pesakit yang mengalami masalah perubatan.

2. Perawatan atau perkhidmatan perubatan akan diberi dalam masa yang ditetapkan.

3. Maklumat dan penerangan yang jelas akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

5. Keselamatan pesakit dari segi fizikal dan jangkitan kuman akan dipelihara dan diberi keutamaan.

6. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.

7. Setiap maklumbalas pesakit akan dipertimbangkan untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan di hospital sini.