HAK PESAKIT


HAK PESAKIT HOSPITAL SIBU

  1. Setiap pesakit berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa mengira umur, bangsa, agama atau status sosioekonomi.
  2. Setiap pesakit berhak untuk menolak rawatan yang diberikan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan kerajaan. Namun, pesakit perlu dimaklumkan kesan penolakan rawatan tersebut.
  3. Semua maklumat pesakit adalah rahsia dan sulit.
  4. Setiap pesakit berhak untuk mengetahui identiti anggota kesihatan yang bertanggungjawab ke atas penjagaannya.
  5. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat serta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan dan kaedah rawatan dalam bahasa atau istilah yang boleh difahami oleh pesakit.
  6. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat lengkap dan khidmat secara jelas, ringkas dan padat bagi membuat keputusan menerima atau menolak rawatan. Maklumat rawatan perlu disetakan dengan risiko berkemungkinan berlaku, kesan sampingan, kebaikan, kemungkinan kegagalan dan cadangan rawtan alternatif.
  7. Setiap pesakit berhak untuk menerima atau menolak terlibat dalam sebarang kajian yang dicadangakan dalam rawatan.
  8. Setia pesakit berhak untuk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di persekitaran yang bersih dan selamat.
  9. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan laporan perubatan pada kadar bayaran yang berpatutan.
  10. Setiap pesakit berhak untuk mengemukakan aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan atau penjagaan di hospital.

 

Dr. Ngian Hie Ung
Pengarah Hospital
Hospital Sibu
01 Mac 2015