Hak Pesakit


1. Setiap pesakit  berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa mengira umur, bangsa, agama atau status sosioekonomi.

2.   Setiap pesakit berhak untuk menolak rawatan yang diberikan  tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Kerajaan. Namun, pesakit perlu dimaklumkan kesan penolakan rawatan tersebut.

3.  Semua maklumat pesakit adalah rahsia dan sulit.

4.  Setiap pesakit berhak untuk mengetahui identiti anggota kesihatan yang bertanggungjawab ke atas penjagaannya

5.  Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat berserta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan dan kaedah rawatan dalam bahasa atau istilah yang boleh difahami oleh pesakit.

6.  Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat lengkap dan khidmat nasihat secara jelas, ringkas dan padat bagi membuat keputusan menerima atau menolak rawatan. Maklumat rawatan perlu disertakan dengan risiko berkemungkinan berlaku, kesan sampingan, kebaikan, kemungkinan kegagalan dan cadangan rawatan alternatif.

7.  Setiap pesakit berhak untuk untuk menerima atau menolak terlibat dalam sebarang kajian yang dicadangkan dalam rawatan.

8.  Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di persekitaran yang bersih dan selamat.

9.  Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan laporan perubatan pada kadar bayaran yang berpatutan.

10.  Setiap pesakit berhak untuk mengemukakan aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan atau penjagaan di hospital.