Kaunter Pusat Setempat


Pengenalan

Apa yang perlu dibawa?

  • Kami memerlukan butir-butir peribadi anda semasa pendaftaran.

Sila bawa:

  • Kad Pengenalan MyKad / MyKid
  • Surat Rujukan atau Pelantikan / Sijil Pelepasan Hospital
  • Laporan siasatan sekiranya ada (cth:  filem X-ray, CT Scan, keputusan laporan ujian makmal)
  • Surat Jaminan (eGL) jika penjawat awam

Polisi Temujanji

  • Sila sampai dan berada di Kaunter Pusat Setempat (No.34) tiga puluh (30) minit awal sebelum temujanji.
  • Anda tidak perlu sampai terlalu awal. Semua temujanji adalah mengikut jadual telah ditentukan oleh doktor.
  • Ketibaan awal tidak bermaksud anda akan dipanggil dan diberi rawatan awal.
  • Letakkan kad temujanji anda / surat rujukan / sijil pelepasan / kad kanak-kanak dibawah umur tujuh ke dalam peti masa yang disediakan.
  • Jururawat bertugas akan mengatur kad temujanji anda mengikut masa yang telah ditentukan oleh doktor sebelum rawatan diberikan.
  • Selepas pendaftaran dan pembayaran, pegawai bertugas akan memaklumkan anda ke klinik berkenaan seterusnya.

Hubungi Kaunter Temujanji

Tel: 084 – 343 333 Ext: 1173

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis:
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Jumaat:
8.00 am – 11.45 am
2.15 pm – 5.00 pm

Sabtu,  Ahad & Cuti Umum
Tutup