BM


TITLE: Praktikal / Latihan Industri / Posting Elektif

CONTENT:

Segala permohonan untuk menjalankan latihan praktikal latihan industri/posting elektif di Hospital Sibu perlu diterima oleh pihak Hospital Sibu selewat-lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh permulaan latihan praktikal latihan industri/posting elektif.

Berikut merupakan dokumen-dokumen sokongan dan borang-borang yang perlu diisi:

  1. Borang Permohonan Menjalankan Posting Elektif Di Fasiliti Kementeriman Kesihatan Malaysia (Bahasa Malaysia / English);
  2. Surat Permohonan Pelajar;
  3. Surat Iringan / Sokongan daripada Institusi/Universiti/Kolej;
  4. Salinan Kad Pengenalan; atau
  5. Salinan Passport* (untuk warga asing sahaja)

Dokumen-dokumen dan borang-borang yang telah diisi boleh dihantar ke Hospital Sibu secara pos atau diimbas dan dihantar melalui emel (hsibu@moh.gov.my atau pa.hsibu@moh.gov.my) atau secara fax di talian 084-337354.

Penting:

Bagi Institusi/Universiti/Kolej yang tidak mempunyai MoU (Memorandum Persefahaman) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atau Institusi/Universiti/Kolej dari luar negara, segala permohonan perlu dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di alamat di bawah dan salinan kepada pihak Hospital Sibu:

 

Pejabat Pengarah Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
93050 Petra Jaya
Kuching, Sarawak, Malaysia
(u.p.: Seksyen Latihan dan Kompetensi)

Tel:  082-473200
Fax: 082-442036
Email: latihan.jknsrwk@moh.gov.my

cc.       Pengarah Hospital
Hospital Sibu
Batu 5 ½, Jalan Ulu Oya
96000 Sibu, Sarawak
Tel:  084-238888
Fax: 084-337354
Email: pa.hsibu@moh.gov.my

 

Maklumat lanjut:

http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/Panduan_Pengunaan_Kemudahan_Fasiliti_Di_Program_Kesihatan_Awam.pdf

http://www.mmc.gov.my/v1/images/contents/circular/BIL162008.pdf

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN:

Borang Permohonan Menjalani Posting Elektif Di Fasiliti kementerian Kesihatan Malaysia