Locker 4 U


locker4u

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Locker 4 U

 

Locker 4 u adalah perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) yang terbaru dan akan bermula pada bulan September 2015 di Famasi Pesakit Luar Hospital Sibu. Kebaikan perkhidmatan ini adalah pesakit boleh datang mengambil ubat susulan mereka pada bila-bila masa. Pesakit akan bertanggungjawab kepada kunci loker sendiri sehingga pesakit berhenti menggunakan perkhidmatan tersebut.

Kriteria:

·       Hanya untuk pesakit-pesakit dari semua klinik pakar Hospital Sibu sahaja dan tidak termasuk pesakit rujukan dari hospital lain (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu)

·       Mempunyai tarikh temujanji doktor yang tetap di Hospital Sibu.

·       Bekalan ubat preskripsi melebihi 1 bulan

·       Preskripsi yang tidak mengandungi ubat rangkaian sejuk, ubat sedut, ubat QS, DDA (termasuk semua preskripsi PSY), dan Extemporaneous.

 

Berminat dengan servis ini? Boleh bertanya informasi yang lebih lanjut daripada Farmasi Pesakit Luar Hospital Sibu atas talian sambungan 1177. Pendaftaran untuk perkhidmatan ini akan dibuat jika pesakit memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.