Farmasi


Jabatan Farmasi merupakan merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal yang memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit Hospital Sibu. Antara perkhidmatan yang diberikan merangkumi:

  • Farmasi Pesakit Luar
  • Farmasi Pesakit Dalam
  • Farmasi Bekan Ubat
  • Farmasi Satelit I & II
  • Stor Perolehan dan Bekalan
  • Farmakokinetik Klinikal
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun
  • Unit Nutrisi Parental

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit luar dan pesakit discaj.
  • Membekal ubat-ubatan kepada semua wad dan unit.
  • Memberi khidmat nasihat ubat-ubatan dan maklumat ubat-ubatan dan maklumat ubat-ubatan kepada pesakit dan juga pelanggan dalaman.
  • Membekalkan stok ubat kepada wad dan unit secara ‘floor stock’
  • Melakukan prabungkus ubat-ubat biji, krim dan losyen
  • Membekalkan ubat kepada ke wad secara ‘unit of use’ dan ‘unit of dose’
  • Memberi kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan
  • Memberi perkhidmatan Nutrisi Parental (TPN)
  • Menguruskan perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok ubat dan peralatan perubatan
  • Menyediakan perkhidmatan klinikal dan nasihat tentang penggunaan dan menanggani ubat sitotoksik
  • Sistem SMS & Ambil
  • MySMS Broadcast