Fisioterapi


Pengenalan

Perkhidmatan Fisioterapi telah ditubuhkan di bandar Sibu sejak tahun 1960-an bertujuan menyediakan pemulihan untuk pesakit di kawasan zon tengah Sarawak.  Unit Fisioterapi adalah sentiasa menitikberat penjagaan setiap pesakit individu untuk membolehkan pesakit mencapai pemulihan pada tahap keupayaan yang optimum.

Perkhidmatan yang berkualiti dan kompetensi profesional kepada pelanggan kami adalah
sasaran unit Fisioterapi dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang berdasarkan nilai-nilai korporat perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.

Perkhidmatan

1.    Unit Fisioterapi menyediakan program rawatan dan pemulihan dalam bidang-bidang berikut:

  • Pernafasan Jantung/ penjagaan kritikal
  • Neurologi / Strok
  • Trauma / Ortopedik
  • Pediatrik
  • Musculoskeletal
  • Kesihatan Wanita dan Kesihatan Lelaki
  • Lymphoma
  • Pengurusan Sakit Tulang Belakang
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Geriartrik

2.    Pendidikan Pesakit

  • Pendidikan individu kepada setiap pesakit

3.    Pendidikan Kesihatan untuk Kakitangan

  • Program ‘Back Care’
  • Program Teknik Mengangkat
  • Program Kesihatan Wanita
  • Program Ergonomik

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Jumaat
8.00 am – 11.45 am
2.15 pm – 5.00 pm

Sabtu  / Ahad / Hari Umum
Tutup

Untuk temujanji atau pertanyaan, sila hubungi:

Unit Fisioterapi
Bilik No 51, Blok C
Hospital Sibu
Sarawak