Kerja Sosial Perubatan


Pengenalan

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) berperanan untuk memberikan perkhidmatan kerja sosial di hospital yang berkualiti dan berintegriti bagi menangani masalah-masalah biopsikososial pesakit dan keluarga pesakit. Kerja sosial di hospital meliputi dua bidang utama iaitu bantuan sokongan terapi dan bantuan praktik. Bantuan sokongan terapi melibatkan kaunseling sosial individu/keluarga/kelompok, krisis perkahwinan dan kerja komuniti. Bantuan praktik pula melibatkan aspek kewangan, pembelian peralatan dan menjadi “liaison officer” dengan agensi kerajaan (GO’S) dan agensi bukan kerajaan (NGO’S) .

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis

8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Jumaat

8.00 am – 11.45 am
2.15 pm – 5.00 pm

Lokasi

Bilik 50, Unit Kerja Sosial Perubatan,
Hospital Sibu, Sarawak
084-343333