Pengimejan & Diagnostik


Pengenalan

Jabatan Radiologi merupakan satu unit yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 selepas pemindahan dari Hosptial Lau King Howe.  Jabatan Radiologi dilengkapi dengan Tele Primary Care (TPC) dan TeleKonsultasi (TC) sebagai sistem berkomputerisasi dengan sistem DICOM di bawah modaliti radiologi.

Jabatan kami beroperasi 24 jam untuk kecemasan, wad dan operasi teater.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang diperlukan dari Jabatan Kecemasan dan Traumatik, Klinik Pakar, Wad Pesakit Dalam, Unit HDU, Klinik Kesihatan, 1Klinik Malaysia, rujukan dari Hospital Kerajaan lain dan Hospital / Klinik Swasta.

Perkhidmatan yang terdapat di Jabatan X-Ray:

  1. General X-Ray
  2. Ulrasound
  3. MRI (1.5 tesla)
  4. Wad Radiografi
  5. Peperiksaan khas / kontras
  • Fluoroskopi dalam kajian dan pemeriksaan barium
  • Radiografi dalam Sistem Urinary
  • Histerosalpingiography
  1. Digitall Mamografi
  2. CT Scan (14 Keping)
  3. Radiologi dalam operasi teater
  4. Radiologi intervensi (biopsi)

Bagi temujanji atau pertanyaan, sila hubungi Jabatan Radiologi

084-343333 samb. 2203 @ 2202