Sajian & Dietetik


Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) merupakan jabatan yang menyediakan perkhidmatan dari segi makanan dan dietetik klinikal kepada pesakit dan kakitangan Hospital Sibu. Perkhidmatan dietetik klinikal merangkumi pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh doktor dari Hospital Sibu atau klinik kesihatan yang berdekatan. Perkhidmatan dietetik klinikal melibatkan kaunseling pemakanan dan ‘nutrition support’ berdasarkan ‘medical nutrition therapy’ yang ditetapkan.

Perkhidmatan

Dalam perkhidmatan makanan, JDS menyediakan 4 jenis hidangan makanan kepada lebih kurang 600 orang pesakit termasuk doktor atas panggilan dan kakitangan OT. Di samping itu, JDS juga menyediakan catuan malam kepada kakitangan yag bertugas malam. Diet yang disediakan dibahagikan mengikut kelas 1,2,3 dan juga diet normal atau diet terapeutik. Selain itu, pemantauan kantin hospital juga merupakan tanggungjawab JDS.

Lokasi

Blok H, Hospital Sibu
Bilik 61, Bilik Kaunseling Dietetik
Untuk temujanji dan pertanyaan,
Sila hubungi JDS: 084-343333 ext 3301/3302/3303