Kewangan & Akaun


Pengenalan

Seksyen Kewangan dan Akaun merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan yang terletak di Blok B, Hospital Sibu. Seksyen ini terdiri daripada 2 Unit (Kewangan & Akaun dan Unit Hasil) dan berperanan menyediakan perkhidmatan kewangan dan perakaunan untuk semua Jabatan / Seksyen / Unit di Hospital Sibu. Semua urusan hal-hal kewangan yang dilakukan adalah sentiasa mematuhi Akta Tatacara Kewangan 1957.

Perkhidmatan

  • Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan Jabatan di Hospital Sibu.
  • Melakukan pemantuan dan pengagihan budget Jabatan di Hospital Sibu.
  • Menyelenggara dan mengemaskini akaun vot mengurus dan pembangunan
  • Memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan.
  • Memproses pembayaran gaji bagi kakitangan serta memastikan semua dokumen dihantar ke Pejabat Perakaunan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Melakukan kutipan hasil dan bukan hasil di Hospital Sibu.

Hubungi kami:

  • 084-343333 –  ext. 2031, 2028, 2029 (Seksyen Kewangan & Akaun)
  • ext.6654, 7554 (Unit Hasil)