SMS & Ambil


Adakah anda tahu anda boleh membuat temujanji sebelum mengambil ubat anda tanpa beratur panjang?? – Gunakan “SMS & Ambil”

Prosedur & Peraturan

  •     Daftar di Farmasi Pesakit Luar untuk kali pertama yang menyertai program ini.
  •     Membuat pengesahkan tarikh temujanji sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan ubat. (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum)
  •     Perkhidmatan ini hanya terhad kepada pesakit yang mengambil preskripsi ulangan / perubatan.
  •     Membawa slip preskripsi dan Kad SMS & Ambil pada tarikh pengambilan ubat.
  •     Nama, kad pengenalan (IC), no. pendaftaran ahli dan preskripsi adalah sah.
  •     Ubat mesti dikutip pada tarikh yang telah ditetapkan.

 

Kaedah Penggunaan:

JKNSWK <jarak> HSBUBAT <jarak> No.KP <jarak> TarikhAmbil <jarak> No.Preskripsi

& hantar ke 15888

Contoh:

JKNSWK HSBUBAT 641223135449 15/2/2014 123456

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 084-343 333 ext: 1177