Obstetrik & Ginekologi


Pengenalan

Jabatan Obstetrik & Ginekologi merupakan jabatan yang sentiasa berusaha dalam memastikan pengurusan pesakit antenatal, postnatal dan pemeriksaan sakit puan diberi penjagaan oleh kepakaran secara profesional dan berkualiti berserta peralatan perubatan yang canggih.

Di samping itu, pada masa yang sama jabatan juga menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk menyediakan latihan asas kepada semua pegawai perubatan dan jururawta bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan ilmu dicapai pada tahap yang terbaik dan profesional.

Jabatan Obstetrik & Ginekologi terdiri daripada penjagaan wanita hamil, bayi kandungannya dan pengurusan penyakit khusus untuk wanita.

Ia juga berfungsi sebagai pusat rujukan kepada klinik kesihatan dan daerah hospital termasuk Kanowit, Sarikei, Mukah, Kapit, Saratok, Daro dan Dalat Hospital.

Perkhidmatan

  • Menjalankan pemeriksaan ke atas ibu mengandung (antenatal)
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas Ibu selepas bersalin (postnatal)
  • Menjalankan pemeriksaan sakit puan
  • Perkhidmatan neonatal
  • Perkhidmatan surgeri
  • Hospital Rakan Bayi

Lokasi

(1) Wad Postnatal (Maternity I) – Wad 5
Tingkat Bawah, Blok M
Hospital Sibu

(2) Wad Antenatal (Maternity II) – Wad 7
Tingkat Bawah, Blok M
Hospital Sibu

(3) Wad Bersalin – Wad 8
Tingkat Bawah, Blok M
Hospital Sibu

(4) Wad Ginekologi – Wad 12
Tingkat 1, Blok K
Hospital Sibu