Hak Pesakit

  1. Setiap pesakit berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa mengira umur, bangsa, agama atau status sosio ekonomi.
  2. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat serta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan dan kaedah rawatan dalam bahasa atau istilah yang boleh difahami oleh pesakit
  3. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat lengkap dan khidmat secara jelas,ringkas dan padat bagi membuat keputusan menerima atau menolak rawatan. Maklumat rawatan perlu disertakan dengan risiko berkemungkinan berlaku, kesan sampingan,kebaikan, kemungkinan kegagalan dan cadangan rawatan alternatif.
  4. Setiap pesakit berhak untuk menolak rawatan yang diberikan tertakluk kepada undangundang dan peraturan kerajaan. Namun, pesakit perlu dimaklumkan kesan penolakan rawatan tersebut.
  5. Semua maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah sulit.
  6. Setiap pesakit berhak untuk mengetahui identiti anggota kesihatan yang bertanggungjawab ke atas penjagaannya.
  7. Setiap pesakit berhak untuk menerima atau menolak penglibatan dalam sebarang kajian yang dicadangkan dalam rawatan.
  8. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di persekitaran yang bersih dan selamat
  9. Setiap pesakit berhak untuk mendapatkan laporan perubatan pada kadar bayaran yang berpatutan dalam masa yang ditetapkan.
  10. Setiap pesakit berhak untuk mengemukakan cadangan dan aduan sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan atau penjagaan di hospital.

Dikemaskini pada 1 Mac 2018