Pengenalan
Apa yang perlu dibawa?
- Kami memerlukan butir-butir peribadi anda semasa pendaftaran.
Sila bawa:
- Kad Pengenalan MyKad / MyKid
- Surat Rujukan atau Pelantikan / Sijil Pelepasan Hospital
- Laporan siasatan sekiranya ada (cth: filem X-ray, CT Scan, keputusan laporan ujian makmal)
- Surat Jaminan (eGL) jika penjawat awam
Polisi Temujanji
- Sila sampai dan berada di Kaunter Pusat Setempat (No.34) tiga puluh (30) minit awal sebelum temujanji.
- Anda tidak perlu sampai terlalu awal. Semua temujanji adalah mengikut jadual telah ditentukan oleh doktor.
- Ketibaan awal tidak bermaksud anda akan dipanggil dan diberi rawatan awal.
- Letakkan kad temujanji anda / surat rujukan / sijil pelepasan / kad kanak-kanak dibawah umur tujuh ke dalam peti masa yang disediakan.
- Jururawat bertugas akan mengatur kad temujanji anda mengikut masa yang telah ditentukan oleh doktor sebelum rawatan diberikan.
- Selepas pendaftaran dan pembayaran, pegawai bertugas akan memaklumkan anda ke klinik berkenaan seterusnya.
Hubungi Kaunter Temujanji
Tel: 084 – 343 333 Ext: 1173
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis:
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm
Jumaat:
8.00 am – 11.45 am
2.15 pm – 5.00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup