Kerja Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial Perubatan

Pengenalan

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP), Hospital Sibu berperanan untuk memberikan perkhidmatan kerja sosial yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.   Secara amnya, Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care. 

Objektif:

  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
    • Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
    • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

Skop Perkhidmatan

  1. Pengurusan Bantuan Praktik :
  2. Bantuan kos peralatan/ ubatan / rawatan/ am
  3. Penempatan institusi
  4. Mengesan waris.
  5. Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan :
  6. Khidmat perundingan
  7. Sokongan emosi
  8. Intervensi krisis.