Pendaftaran Rawatan

Sila bawa dokumen asal semasa pendaftaran:

1. Warganegara Malaysia

  • MyKad (NRIC) ,  atau
  • MyKid / Sijil Kelahiran,  atau
  • Passport Malaysia

Catatan: Pihak Hospital Sibu menggalakkan Warganegara Malaysia membawa MyKad / MyKid bagi mempercepatkan proses pendaftaran.

2. Warganegara Asing

  • Passport Antarabangsa
  • Dokumen Perjalanan / VISA

Tempoh Menunggu

Selepas pendaftaran, anda akan diberikan tiket menunggu giliran. Anda mungkin perlu menunggu 30 minit atau lebih sebelum diberi rawatan / konsultasi oleh doktor pakar. Memandangkan jumlah bilangan pesakit yang diberi rawatan adalah terlalu ramai, pihak Hospital Sibu berharap anda bersabar dan rawatan akan diberi secepat yang mungkin.

Selepas Konsultasi

Anda akan diberi temujanji oleh doktor seterusnya sekiranya memerlukan. Selepas konsultasi, anda boleh membuat pembayaran (sekiranya ujian makmal ada dilakukan) sebelum mengambil ubat di Farmasi.