Piagam Pelanggan Hospital Sibu

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1. Rawatan segera akan diberi kepada pesakit yang mengalami masalah perubatan kecemasan.

2. Perawatan atau perkhidmatan perubatan akan diberi dalam masa yang ditetapkan.

3. Skor kesakitan akan dinilai pada semua pesakit dengan alat penilaian piawaian kesakitan secara konsisten dan pengurusan kesakitan yang sewajarnya akan diberi kepada pesakit dalam masa yang ditetapkan.

4. Maklumat dan penerangan yang jelas akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.

5. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

6. Keselamatan pesakit dari segifizikal dan jangkitan kuman akan dipelihara dan diberi keutamaan. Amalan Hand Hygiene akan diamalkan setiap masa di kalangan kakitangan hospital.

7. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.

8. Setiap maklum balas pesakit akan dipertimbangkan untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan di hospital ini.

Dikemaskini pada 1 Mac 2018